Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pope Francis mengkritik propaganda anti Islam yang terhasil dari persepsi serangan pengganas di Eropah yang didakwa didalangi militan IS. Beliau berkata demikian sambil menyifatkan tanggapan tersebut sebagai tidak adil dan perbuatan memperkenalkan Islam sebagai keganasan adalah salah.
"Saya tidak fikir bahawa mengenal Islam dengan keganasan adalah benar. Ini tidak adil dan tidak benar," beliau memberitahu wartawan pada hari Ahad.
Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh wartawan tentang pembunuhan paderi Roman Katolik berusia 85 tahun dalam gereja di Barat Perancis dengan pisau oleh seorang penyerang.
Menurut laporan penyerang telah memaksa paderi itu melutut dan menghiris kerongkongnya. Militan IS mengaku bertanggung jawab dalam serangan kejam tersebut.